Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021, juga dikenali sebagai COP26 , merupakan persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-26 yang dijadualkan untuk berlangsung di Glasgow, Scotland, United Kingdom dari 31 Oktober hingga 12 November 2021. Persidangan ini diketuai oleh presiden bersama United Kingdom dan Itali. [1] Persidangan ini merupakan Persidangan Pihak-Pihak (COP) ke-26 bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim dan mesyuarat ketiga bagi pihak-pihak yang menandatangani Perjanjian Paris .Persidangan ini merupakan kali pertama pihak-pihak yang menyertainya diharapkan dapat memberikan komitmen mereka demi mencapai sebuah aspirasi yang lebih baik selepas COP21. Pihak-pihak yang menyertai turut dikehendaki untuk melaksanakan satu proses yang dikenali sebagai 'mekanisme sehala' pada setiap lima tahun seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Paris, .[2]Persidangan ini akan diadakan di SEC Centre, Glasgow. Asalnya dijadualkan untuk berlangsung pada November 2020, acara ini telah ditangguhkan selama setahun disebabkan oleh pandemik COVID-19.[3]Itali telah bekerjasama dengan UK dalam menerajui COP26. Kebanyakan tanggungjawab mereka merupakan kerja persediaan seperti penganjuran sesi pra-COP dan acara untuk golongan muda yang bernama Youth4Climate 2020: Driving Ambition. Acara tersebut telah berlangsung dari 28 September hingga 2 Oktober 2020 di Milan . [4]

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021

Berkaitan

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 Persidangan Potsdam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 Persidangan Dunia mengenai Pengurangan Risiko Bencana Persidangan Meridian Antarabangsa Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Persidangan Pemakaian Bahasa Esperanto di bidang Sains dan Teknologi Persidangan Geneva 1954 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015

Rujukan

WikiPedia: Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Persi... https://www.ipcc.ch/reports/ https://blog.alfaenergygroup.com/the-importance-of... https://www.bbc.com/news/topics/cgdwpywgeegt/cop26 https://www.bloombergquint.com/politics/what-is-co... https://www.cnn.com/2021/10/02/europe/john-kerry-c... https://www.spglobal.com/platts/en/market-insights... https://www.theguardian.com/environment/2021/oct/1... https://www.washingtonpost.com/climate-environment... https://www.downtoearth.org.in/news/climate-change...